Tuesday 10 March 2015

BAHASA MELAYU KERTAS 1 BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM



Karangan memerlukan kemahiran menulis yang baik

MAKLUMAT AM SOALAN

  1. LIMA soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab SATU soalan sahaja. 
  2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B. 
  3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu  satu jam setengah / 90 minit. 
  4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan. 
  5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat.
Antara jenis karangan berformat ialah : 
  • Surat rasmi 
  • Surat tidak rasmi 
  • Laporan 
  • Minit mesyuarat 
  • Berita 
  • Rencana 
  • Dialog/wawancara/forum 
  • Ucapan/syarahan/ceramah/taklimat 
  • Ulasan buku/resensi
Antara karangan tidak berformat pula ialah :
  • Gambaran/keperihalan 
  • Cereka/imaginasi 
  • Fakta 
  • Pendapat/perbincangan 
  • Perbahasan 
  • Peribahasa/cogan kata 
  • Kesusasteraan
5 Dimensi Soalan Bahagian B iaitu :
  • Diri sendiri 
  • Keluarga 
  • Masyarakat/negara 
  • Antarabangsa 
  • Kesusasteraan

TEKNIK MENJAWAB

Penulisan karangan
  1. Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan 
  2. Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat. 
  3. Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan. 
  4. Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.

FORMULA PENULISAN KARANGAN

PENDAHULUAN
(Anggaran 70 patah perkataan)
Mengandungi ayat-ayat berikut: 

1. Penyataan Umum (PU) / Definisi
Terdiri daripada satu ayat sahaja.
Ditulis berdasarkan tajuk.

2. Ayat Huraian (AH)
Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).
AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

3. Ayat Contoh (AC)
Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.
Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

4. Ayat Arah (AA)
Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.
Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.

Peringatan :
  • Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan. 
  • Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan. 
  • Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

ISI- ISI
(Anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan)
Menganduni ayat-ayat berikut:

1. Ayat Topik (AT)
Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
Ditulis pada permulaan ayat.
Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

2. Ayat Huraian (AH)
Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.

3. Ayat Contoh (AC)
Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.
Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

4. Ayat Penegas (AP)
Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

Peringatan :
  • Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja. 
  • Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan. 
  • Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

PENUTUP
(Anggaran 70 patah perkataan)
Menganduni ayat-ayat berikut:

1. Ayat Kesimpulan (AK)
Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
Merumuskan keseluruhan karangan.
Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
  
2. Ayat Cadangan (AC)
Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
Tidak memerlukan huraian panjang.

3. Ayat Harapan (AH)
Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :
  • Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan. 
  • Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan. 
  • Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
Perenggan yang seimbang dan sekata.
Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Ringkasan Formula Mengarang..

PENDAHULUAN : PU + AH + AC + AA

ISI-ISI : AT +AH + AC + AP

PENUTUP : AK + AC + AH


Kredit kepada:

No comments:

Post a Comment