Monday 23 March 2015

BAHASA MELAYU KERTAS 1: KARANGAN SPM BAHAGIAN A



MAKLUMAT PENTING


Menulis Karangan Bahagian A (SPM) Kertas 1
  • Dikenali juga sebagai Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
  • Isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan rangsangan. 
  • Ditulis antara 200-250 patah perkataan.
  • Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. 
  • Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan. 
  • 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan. 
  • Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. 
  • Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. 
  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa  yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. 
  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon. 
  • Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.


Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian
( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

  • Isu pendidikan 
  • Pelancongan ( Inap Desa) 
  • Pemeliharaan bangunan bersejarah 
  • Pelaburan dan tabungan. 
  • Kenaikan harga barang-barang. 
  • Pendatang tanpa izin. 
  • Penggunaan bahasa Inggeris. 
  • Masalah sosial dalam kalangan remaja. 
  • Pencemaran alam. 
  • Keselamatan kanak-kanak. 
  • Memartabatkan Bahasa Melayu. 
  • Kemalangan jalan raya. 
  • Perkembangan perhubungan dan komunikasi. 
  • Bioteknologi. 
  • Semangat kejiranan. 
  • Gaya hidup sihat. 
  • Hubungan kasih sayang ( Keluarga). 
  • Membaca.

Aspek-aspek Yang Dinilai

  • Karangan menepati tema bahan rangsangan. 
  • Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan. 
  • Ejaan dan struktur ayat. 
  • Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan. 
  • Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat. 
  • Pendahuluan atau pengenalan. 
  • Penutup atau kesimpulan karangan. 
  • Tulisan yang jelas. 
  • Pemerengganan. 
  • Kesantunan bahasa.

Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan

  • Pengenalan tidak menarik. 
  • Isi tidak menepati tema. 
  • Isi tidak dihuraikan. 
  • Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok. 
  • Perenggan tidak disusun dengan sempurna. 
  • Tulisan buruk sehingga sukar dibaca. 
  • Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang. 
  • Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. 
  • Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja. 
  • Banyak kesalahan ejaan. 
  • Isi yang diulang-ulang. 
  • Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

No comments:

Post a Comment