Tuesday 29 January 2019

KARANGAN SPM : BAHAGIAN B


Dimensi Keluarga
Isu : Keselamatan Kanak-kanak semakin terancam

Latihan 1

Mutakhir ini, keselamatan kanak-kanak di Malaysia semakin terancam dengan berlakunya kes penculikan dan pembunuhan yang kejam.
Tulis satu rencana tentang peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Pendahuluan
• Secara purata, sebanyak 4.2 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari 
• Amat memilukan apabila kanak-kanak yang hilang itu ditemukan mati dibunuh selepas dirogol 
• Kes terbaru seorang kanak-kanak perempuan telah diculik dan dibunuh dengan kejam 
• Seorang insan meragut nyawa anak-anak kecil ini dengan cara paling kejam dan tidak bertamadun 
• Individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia 
• Di manakah nilai murni masyarakat madam ini? 
• Ibu bapa tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja dan harus memainkan peranan

Isi-isi Penting
I
Ibu bapa memberikan didikan tentang keselamatan diri
M
Pengetahuan tentang sesuatu bahaya amat penting untuk menghalang perkara negatif - orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkah gula-gula untuk menarik perhatian kanak-kanak
Ba
Nasihati anak untuk berkata "tidak" ataupun "jangan ganggu saya" - melatih anak-anak untuk tidak mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali
K
Anak-anak akan bersikap lebih berwaspada
U
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
P
Tepatlah : llmu keselamatan diri sangat signifikan

I
Ibu bapa memberikan kasih sayang sepenuhnya
M
Ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab
Ba
Membesarkan anak-anak dengan baik - memberikan keperluan hidup yang mencukupi dan tempat tinggal yang selesa
K
Anak-anak akan sentiasa berada dalam kawalan orang dewasa - anak-anak tidak mudah tertipu oleh orang lain - anak-anak akan lebih sayang terhadap keluarganya
U
Sudah terhantuk, baru tengadah
P
Benarlah : Curahan kasih sayang akan menjamin anak-anak menjaga keselamatan dir

I
Ibu bapa perlu tahu lokasi anak mereka berada setiap masa
M
Anak-anak masih tidak tahu akan bahaya yang mendatang - ibu bapa merupakan tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya
Ba
Mendidik anak-anak tentang cara-cara untuk respons kepada sebarang situasi berbahaya - sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan terbaik untuk anak-anak mereka
K
Berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali - bersikap was-was terhadap orang yang tidak dikenali pada setiap masa
U
Sediakan payung sebelum hujan
P
Sesungguhnya : Prihatin terhadap keselamatan anak-anak

I
Ibu bapa memastikan anak mereka tidak berseorangan
M
Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan - penjenayah akan mengambil apa-apa kesempatan untuk melakukan jenayah.
Ba
Sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka - memakai pakaian berwarna cerah ketika keluar membeli-belah
K
Keselamatan anak-anak akan lebih terjamin sekiranya mereka didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan
U
Malang tidak berbau
P
Betullah : Memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka

Kesimpulan
P
Keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab setiap ibu bapa
C
Ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak hidup bahagia, selamat dan terjamin keselamatannya - bekerjasama dan mengamalkan sikap susah sama dipikul, ringan sama dijinjing bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang selamat
H
Anak-anak ialah harapan negara yang paling berharga pada masa depan bak mutiara kata pemuda tiang agama, pemudi tiang negara


2 comments: