Wednesday 30 January 2019

Novel Bimasakti Menari : Watak dan Perwatakan (Novel Tingkatan 5)

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop


Watak dan Perwatakan   

Watak Utama :  Nurul Hafsa

1. Seorang yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
Seorang yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak

2. Seorang yang berani

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.

3. Seorang yang sanggup berkorban

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

4. Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

Watak Sampingan :

1Muhammad Taufik

a. Seorang yang tabah

– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

b. Seorang yang taat

– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

 c. Seorang yang berani

– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid

d. Seorang yang sanggup berkorban

– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang

e.Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik


2Tan Sri Muhaimin

a. Seorang yang tabah

– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham

b. Seorang yang bersyukur

– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham

c. Seorang yang bertanggungjawab

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham

d. Seorang yang penyayang

– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu


 3. Budiman

a. Seorang yang bertanggungjawab

– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap

b. Seorang yang taat

– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid

c. Seorang yang setia kawan

– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

4. Maryam Wickham

a. Seorang yang penyayang

– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu
. 
5. Haji Yassir


a. Seorang yang bersyukur

– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington

No comments:

Post a Comment