Monday 21 January 2019

MORFOLOGI SPM - SOALAN 3(a)


SPM - BAHASA MELAYU KERTAS 2
SOALAN 3(a)

SPM
Arahan dan Soalan
2009
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)hiruk-pikuk    
(ii) selok-belok
(iii) lambat-laun                 
(iv) senang-lenang
(v) lintang-pukang 
(vi) kenduri-kendara

2010
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)kemas
(ii) mengemaskan 
(iii) kekemasan                        
(iv) harga
(v) menghargai  
(vi) penghargaan

2011

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)cepumas   
(ii) halaju 
(iii) jejantas              
(iv) jenama
(v) pawagam 
(vi) purata                   

2012

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai nama khas

(i)kumat-kamit  
(ii) remuk-redam    
(iii) selang-seli
(iv) serba-serbi 
(v) simpang-siur
(vi) tungkus-lumus               

2013
(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggnnaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)bilah
(ii) jambak  
(iii) keping
(iv) pucuk
(v) rawan   
(vi) utas

2014

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa andafaham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)putih bersih   
(ii) bersatuhati 
(iii) titik permulaan
(iv) kenangan manis
(v) berpandangan jauh
(vi) menenangkan fikiran

2015

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)jasa baik
(ii) kertas kerja
(iii) pindah milik
(iv) reka bentuk
(v) susun atur  
(vi) temu bual

2016
{a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa andafaham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imhuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)bertukar
(ii) pertukaran
(iii) bertukar-tukar
(iv) berkira
(v) perkiraan  
(vi) berkira-kira
                                                          
2017
{a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham  akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imhuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)langit
(ii) langit-langit
(iii) tiba
(iv) tiba-tiba
(v) otak  
(vi) otak-otak

No comments:

Post a Comment