Tuesday 22 January 2019

MORFOLOGI SPM - SOALAN 3 (b)


SPM - BAHASA MELAYU KERTAS 2
SOALAN 3(b)

2009

Subjek dan predikat

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek                    : ____________________________________
Predikat                : _____________________________________

i.Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
ii. Ketinggian Gunung Kinabalu 4104 meter.
iii. Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
iv.Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
v. Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
vi. Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

2010

Ayat Tanya

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

i.Mereka bersenam petang tadi.
ii.Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
iii.Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
iv.Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
v.Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
vi.Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

2011

 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

          Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.

2012

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang

Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
i.Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
ii.Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
iii.Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan  ulang tahun hari kemerdekaan negara.

2013







Pola Ayat Dasar

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

i.Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
ii.Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
iii.Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
ivBlok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
v.Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
vi.Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.

2014

Subjek dan Predikat

Kenalpasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat sepertiyang berikut;
Subjek      : __________________________________________
Predikat  : ___________________________________________

i.Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
ii.Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan tulang.
iii.Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak.

2015

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

i.Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.
ii.Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat dacrah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
iii.Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

2016

Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang
Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada avat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

i.Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhhar harian itu dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima.
ii.Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja pcringkat kebangsaan.
iii.Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

2017

Kenal Pasti Ayat : Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seruan atau Ayat perintah.
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seruan atau Ayat perintah
i.Pujuklah anak kecil yang menangis itu dengan penuh kasih sayang.
ii.Murid yang aktif bersukan juga perlu mengutamakan pencapaian akademik.
iii Ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai rombongan itu?
iv.Hebatnya perbarisan kontijen negara kita dalam upacara perasmian Sukan Olimpik itu!
v.Harap semua pihak mengambil iktibar daripada kisah perjuangan tokoh kemerdekaan negara.
vi.Pengisytiharan Rukun Negara disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong pada 31 Ogos 1970

2018



???

No comments:

Post a Comment