Salam sejahtera kepada pengujung blog
ini..
Aspek
penulisan karangan merupakan kemahiran yang perlu diasuh. Tanpa latihan yang
kerap, mutu karangan yang dihasilkan mungkin tidak mencapai standard yang
diharapkan.
Setiap
pelajar berbeza penguasaaan dalam menulis karangan. Ada yang pintar sehingga
karangan yang dihasilkan memukau pembacanya. Tetapi jangan lupa, ada juga
sebilangan pelajar yang lemah untuk menulis karangan. Jika hal ini dibiarkan,
dikhuatiri akan menjejaskan peluang mereka untuk meraih markah yang tinggi
dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Berikut
saya paparkan TIGA contoh karangan bagi membantu pelajar yang lemah dalam
menulis karangan. Ketiga-tiga karangan
tersebut diolah mengikut Modul PERHALUS. Apa yang saya perhatikan, dengan
mengikuti modul ini, para pelajar yang lemah menulis karangan dapat membaiki
tahap penulisan karangan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka dapat juga menulis
walaupun tidak secekap rakan-rakan mereka yang pintar.
Selamat
mencuba..
Tajuk 1 : Kebaikan Amalan
Bergotong-royong
Pada hari ini, isu amalan gotong-royong selalu
diperkatakan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin
serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? Oleh
itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari kebaikan
amalan bergotong-royong
Sesungguhnya, kebaikan amalan gotong-royong dapat
mengeratkan perpaduan sesama ahli
masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia terdiri
daripada berbilang kaum. Contohnya, mereka dapat berbincang dan
bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan pasti akan dapat
melahirkan keadaan yang aman. Benarlah amalan gotong-royong boleh
mengeratkan perpaduan ahli masyarakat
Selain itu, kebaikan amalan gotong-royong dapat mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja. Hal
ini demikian kerana kerja dapat dilakukan bersama-sama. Misalnya,
masyarakat setempat bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya
hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa
amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan
Di samping itu, kebaikan amalan bergotong-royong
adalah untuk memperkukuh semangat
kejiranan. Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil
berat hal-hal kejiranan. Tamsilnya, kita boleh menolong jiran yang
menghadapi kesusahan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan
hubungan antara jiran. Betullah bahawa amalan gotong-royong
memberikan banyak kebaikan
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menggalakkan amalan gotong-royong ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga
akan lahir masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun
begitu, ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
(203
patah perkataan)
Tajuk 2: Sebab Pelajar
Tidak Mematuhi Disiplin.
Pada hari ini, isu disiplin pelajar selalu
diperkatakan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin
serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh
itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencarisebab-sebab
pelajar tidak mematuhi disiplin.
Sesungguhnya, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin
ialah masalah keluarga. Hal ini
demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak. Contohnya, ialah
ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Sekiranya hal ini
berlaku pastilah anak-anak akan terbiar. Benarlah keluarga
penting untuk membentuk disiplin pelajar.
Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin
ialah mereka terpengaruh dengan rakan. Hal
ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan rakan
sebaya. Misalnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng
sekolah. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa
depan pelajar. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh
mempengaruhi pelajar.
Di samping itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin
ialah pengaruh media. Hal ini
demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak baik.
Tamsilnya, perlakuan remaja menghisap rokok. Sekiranya hal ini dilakukan
pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. Betullah bahawa media
boleh mempengaruhi disiplin pelajar.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menangani isu disiplin pelajar ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya
menanganinya. Semoga akan lahir pelajar yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang pada masa akan datang. Namun begitu ingatlah peribahasa tepuk
dada tanya selera.
(213
patah perkataan)
Tajuk 3: Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum.
Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu
dibincangkan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin
serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh
itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari
usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum.
Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum
adalah dengan mengadakan sambutan rumah
terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan oleh
semua kaum. Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina
dan India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuh
perpaduan kaum
Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum
adalah mewujudkan sekolah untuk semua
kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam
satu sekolah yang sama. Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh
kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan memperkukuh perpaduan
antara kaum. Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan
perpaduan kaum.
Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum
adalah mewujudkan persefahaman dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana persefahaman
penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap kaum
perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini
dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa
persefahaman rakyat berbilang kaum amat penting.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menangani isu perpaduan kaum ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga
akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
(233
patah perkataan)
Sumber:
http://cikguatom.blogspot.com/2013/11/sumbermodul-latihan-terancang-program.html