Novel Chot Karya Azizi Haji Abdullah |
Latar Tempat
1. Kampung Dingin,
iaitu sebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil,
tempat Alias dilahirkan.
2. Rumah Alias
Som belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat
latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias.
Mak Su Kiah menghantar makanan kepada Alias dan
ibunya.
3. Halaman perhimpunan
Ketika Som tiba lewat kerana menunggu Alias,
perhimpunan sekolah diadakan. Guru pengawas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan.
Cikgu Sunan menyentuh beberapa isu, iaitu kenakalan murid yang mencalarkan
kereta guru dan sampah sarap yang dibuang merata-rata.
4. Bilik darjah lima
Cikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar
Matematik.
Cikgu Sunan menengking Alias kerana Alias seperti menyindirnya
ketika datang lewat ke sekolah dengan alasan beruk.
5. Rumah Pak Din
Alias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk ibunya
di samping memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta
bertanya kepada Som akan hal di sekolah.
Alias mengambil dan menyalin nota rumah yang diberikan
oleh Cikgu Sunan.
6. Sungai
Alias membawa Chot mandi di sungai.
7. Kebun kelapa Pak Din
Alias dan Chot memetik kelapa.
8.Kedai Ah Chai
Alias membeli pisang untuk Chot.
Latar Masa
1. Pagi
Ada
perhimpunan sekolah.
Cikgu
Sunan mengajar Matematik.
Alias
dan Chot memetik kelapa.
2. Tengah hari
Mak
Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya
khabar sebelum pulang ke rumah.
3. Petang
Alias
memandikan Chot di sungai di belakang rumah Som.
Alias
dan Som belajar membaca al-Quran daripada emak Alias.
Som
belajar membuat latihan Matematik daripada Alias.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan.
2. Masyarakat yang berdikari –
Alias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah
kelapa.
3. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak – Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha
mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan sekular.
4. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan – Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan
mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din.
5. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama – Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan
menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat.
6. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular – Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu
lama.
7. Masyarakat yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima
tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur
seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.
8. Masyarakat yang jujur –
Alias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada
mencari beruk kesayangannya yang hilang.
9. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan – Alias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan.
10. Masyarakat yang berprasangka –
Miah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya.
11. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaan – Som berusaha belajar Matematik daripada Alias.
12. Masyarakat yang baik hati –
Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha.
Terima kasih......
ReplyDeleteOk
ReplyDeletesaya izwan bin mohd sarif
ReplyDeleteterima kasih atas kemudahan
ReplyDeleteCikgu rasanya ade yang tidak cukup, tapi terima kasih atas kemudahan
ReplyDeleteItula
Deleteperistiwa ape erkk ?)
ReplyDeleteCikgu..latar masa untuk tengah hari satu je ke bleh list kn bnyak skit tak♡
ReplyDelete