Tajuk : Munsyi (Husna Nazri)
Buku KOMSAS Tingkatan 4 |
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah
‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
Za'ba antara tokoh pejuang bahasa Melayu |
Tema
Semangat cinta akan bahasa,
agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga
negara.
Contohnya, ibu kerap
menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar
dihormati oleh orang.
Persoalan
Keinginan anak muda berhijrah ke bandar
untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon
keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti
kebanyakan remaja yang lain.
Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan
rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak
penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa
tidak puas hati rakyat.
Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu
untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun
belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke
bandar.
Ketaatan seorang anak terhadap nasihat
ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat
ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat
ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan
untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya
negatif yang terdapat pada remaja di bandar.
Plot
Permulaan
Cerpen dimulakan dengan
kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang
anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak
muda di kota.
Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada
‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan
rakyat negara ini.
Setelah Negara merdeka,
perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati ‘saya’ agar
memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca
membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa
‘saya’
Setelah bonda yakin dengan
kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk
membaiki taraf hidup saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk
disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,’saya’ dapati
anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai
murni dan batas kehidupan.
‘Saya’ mendengar berita
kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah
dan hotel bertaraf lima bintang.
Klimaks
Aku sampai di perkampungan
tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di
situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu
tetapi Munsyi tidak ada di situ.
Peleraian
Berhari-hari aku mencari
Munsyi tetapi tidak berjumpa.
Dialog
“Tuan inikah yang bernama
Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
Imbas
kembali
Saya teringat cerita bonda
tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
Imbas muka.
Di kota nanti carilah
seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab
oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka
yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu
bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu. Di
jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
Kejutan.
Saya mendengar khabar
bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh
Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi
tidak berjumpa.
Watak
dan Perwatakan
Watak
utama:
‘Saya’
- Seorang yang taat
- ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
- Seorang yang amanah: ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
- Seorang yang gemar membaca : ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
- Seorang yang tidak mudah putus asa : ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Watak
sampingan:
Bonda
‘saya’
- Seorang yang berpengetahuan luas.
- Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
- Seorang yang bersifat patriotik.
- Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
- Seorang yang amat memahami
- Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
- Kawan lama bonda.
- Seorang yang cinta akan budaya Melayu
- Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
- Seorang yang mengalu-alukan tetamu : Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
Latar
Latar
masa
- Zaman pemerintahan penjajah
- Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
- Zaman selepas merdeka : Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar
tempat
- Di kampung
- Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
- Di kota : ‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
- Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota : Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar
masyarakat
- Masyarakat kampung. : ‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
- Masyarakat remaja yang tinggal di bandar : ‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
- Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan: Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
- Masyarakat yang cekal dan berani: Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
Gaya
bahasa
- Kata ganda :Zaman- berzaman
- Metafora : Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
- Peribahasa : Bahasa jiwa bangsa
- Simile :Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
- Hiperbola : Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
Nilai
- Patriotik :Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
- Ketaatan : ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
- Kegigihan : Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
- Amanah : ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
Pengajaran.
- Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. Contohnya: ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
- Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya : Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
- Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan. Contohnya : ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
- Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan. Contohnya: ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
No comments:
Post a Comment