Novel Chot Karya Azizi Haji Abdullah |
Bab 1 : Chot Tidak Ada
– Pada waktu pagi, Alias telah dikejutkan oleh ibunya
untuk bangun, mandi dan bersembahyang subuh sebelum bersiap-siap hendak ke
sekolah.
– Alias meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi
ke sekolah namun dia mendapati Chot tiada. Hal ini menyebabkan Alias berasa
tidak menentu dan terus mencari Chot di sekitar perdu pokok langsat di tepi
rumahnya dan di sekeliling kampung walaupun sedar dia akan lewat datang ke
sekolah.
– Alias berlari-lari hingga sampai di simpang jalan
tempat Som menunggunya. Dia memberitahu Som bahawa Chot hilang.
– Alias menyuruh Som pergi ke sekolah dahulu
kerana dia mahu meneruskan usaha mencari Chot di sekeliling kampung.
– Chot yang merupakan seekor beruk itu adalah nyawanya
serta punca pendapatannya untuk ke sekolah dan untuk perbelanjaan ibunya.
Bab 2 : Pastilah Tidak Datang
– Setibanya di sekolah, Som melihat rakan-rakannya
yang lain sedang berbaris di perhimpunan. Cikgu Sunan merupakan guru bertugas
pada minggu itu dan dia dibantu oleh pengawas sekolah.
– Som masuk ke dalam barisan darjah lima. Dia masih
tertanya-tanya sama ada Alias akan datang ke sekolah ataupun tidak. Tambahan
pula, Cikgu Sunan sedang memerhatikan barisan kelasnya pada masa itu.
– Semasa di perhimpunan, semua murid mengaminkan doa
yang dibaca oleh Ketua Pengawas. Cikgu Sunan menegur sikap murid yang tidak
menghayati doa yang dibacakan pada setiap awal minggu.
– Cikgu Sunan digambarkan sebagai seorang guru yang
sangat garang. Dia memarahi murid yang bermain-main di sekitar keretanya dan
mencalarkan kereta Volvo miliknya.
– Sikap murid yang membuang sampah dan berbuat bising
di dalam kelas semasa ketiadaan guru juga telah ditegur oleh Cikgu Sunan.
– Cikgu Sunan pernah bertanya kepada Som dan Alias
ketika mereka pulang dari sekolah kelmarin apabila mendapati terdapat kesan
calar pada pintu depan keretanya itu. Som berasa hairan akan sikap Cikgu Sunan
yang sering bertanya kepada Alias setiap kali berlakunya perkara yang tidak
baik.
– Som bergerak mengikut barisan menuju ke kelasnya.
Som berasa susah hati kerana dia pasti Alias tidak akan datang ke sekolah.
Bab 3 : Chot Terus Menghilang
– Alias telah mencari Chot di merata-rata tempat
termasuk di sekitar kebun Pak Din, kebun pisang Mak Miah, ke hujung kampung,
pinggir sungai, dan di tepi sawah tetapi masih tidak menemuinya. Alias
memanggil nama Chot berulang-ulang kali. Alias sedar, jika Chot tidak dijumpai
dia pasti akan susah nanti.
– Dalam perjalanan, Alias telah bertembung dengan
Salleh dan Hamad yang sedang membawa raga berisi kelapa masak pada belakang
basikal mereka.
– Alias sempat bertanya kepada Salleh dan Hamad
tentang beruknya itu, tetapi diketawakan oleh mereka. Mereka menyuruh Alias
mengurung beruknya di dalam kelambu bagi mengelakkan Chot hilang.
– Alias mengambil keputusan untuk ke sekolah apabila
menyedari waktu sudah lewat dan dia sanggup dimarahi oleh Cikgu Sunan.
Bab 4 : Kena Marah, Diejek
– Cikgu Sunan sedang mengajar mata pelajaran Matematik
di dalam kelas Som. Sebanyak dua puluh soalan Matematik telah diberi dan semua
murid dikehendaki untuk menyalin dan menjawab soalan tersebut.
– Cikgu Sunan berjalan di dalam kelas sambil
memerhatikan murid yang sedang menjawab soalan. Som berasa takut sekiranya
Cikgu Sunan bertanya tentang Alias. Tiba-tiba Alias muncul di depan pintu kelas
dengan memberi salam tetapi tidak dijawab oleh Cikgu Sunan.
– Alias dipanggil oleh Cikgu Sunan untuk bertanyakan
sebab dia lewat tiba di sekolah. Alias berasa takut untuk memberitahu hal yang
sebenar kepada Cikgu Sunan.
– Cikgu Sunan berasa marah kerana pertanyaannya yang
berulang kali itu tidak mendapat jawapan daripada Alias.
– Akhirnya Alias berterus terang dengan mengatakan
beruknya telah hilang dan dia mencari beruknya itu di sekeliling kampung
sebelum ke sekolah.
– Cikgu Sunan mengatakan bahawa Alias lebih
mementingkan beruknya berbanding pelajaran. Alias memberitahu bahawa dia amat
menyayangi beruknya itu. Jawapan Alias itu menyebabkan Cikgu Sunan berasa marah
hingga menjerit memarahi Alias.
– Pandangan Alias menjadi berpinar-pinar hingga dia
terdorong ke belakang dan jatuh terlentang. Telinga kanan Alias terkena bucu
meja murid. Alias bangun semula. Dia berasa sakit yang berdenyut-denyut dalam
telinganya.
– Cikgu Sunan keluar dari kelas itu dengan perasaan
marah dan kesal. Semasa rehat, semua murid berebut-rebut ke kantin namun Alias
masih berdiri di tempat tadi untuk menunggu arahan daripada Cikgu Sunan.
– Setelah dibenarkan keluar, Alias hanya duduk di
bawah pokok bidara yang rendang. Dia makan sebungkus nasi lemak yang diberi
oleh Som. Som bersimpati kepada Alias yang sudah pasti akan diejek oleh
kawan-kawannya apabila masuk ke kelas nanti.
Bab 5 : Chot Sembunyi di Pokok
Cenerai
– Alias tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di
dalam kelas kerana telinganya sakit. Dia hanya melihat papan tulis sambil
menahan kesakitan dan sedaya-upaya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
– Selepas loceng sekolah yang
menandakan waktu pulang berbunyi, Alias dan Som diarahkan oleh
Cikgu Sunan untuk membuang pasir-pasir di getah tempat pemijak kaki keretanya.
– Alias tidak berasa marah akan Cikgu Sunan,
sebaliknya berbangga kerana Cikgu Sunan menyuruh mereka melakukan tugas itu dan
bukannya murid lain.
– Som berasa geram kepada Alias kerana masih mahu
mengambil hati Cikgu Sunan walaupun sudah jatuh akibat dimarahi oleh cikgunya
itu.
– Dalam perjalanan pulang ke rumah, Som ternampak daun
pokok cenerai bergoyang-goyang. Som melihat Chot sedang mengintai-intai di celah-celah
ranting dan daun pokok itu.
– Som memberitahu Alias tentang hal tersebut. Alias
berasa sangat gembira dan memanggil Chot serta memujuknya supaya turun dari
pokok. Chot mengikut Alias pulang ke rumahnya.
Bab 6 : Denyut Semakin Terasa
– Alias segera ke pokok langsat untuk mengambil tiga
biji pisang untuk Chot. Dia juga mengikat semula rantai Chot yang terputus
dengan menggunakan dawai buruk sepanjang sejengkal.
– Alias bercakap dengan Chot sambil menasihati agar
Chot tidak memutuskan rantai itu lagi pada masa akan datang.
– Ibu Alias yang sedang tidur menyedari Alias sudah
pulang. Ibunya sudah lama menghidap sakit lumpuh.
– Kehadiran Mak Su Kiah yang datang membawa sepinggan
nasi dan semangkuk gulai telah mematikan hasrat Alias untuk memasak. Mak Su
Kiah ialah jiran sebelah rumah Alias yang sudah kematian suami.
– Mak Su Kiah seorang yang mengambil berat terhadap
kehidupan Alias dan ibunya. Kebaikan yang dilakukan oleh Mak Su Kiah itu
menyebabkan ibu Alias berasa amat terhutang budi kepadanya.
– Alias sempat bertanya kepada Mak Su Kiah tentang
kelapa masak kerana petang itu dia dan Chot akan pergi memetik kelapa. Alias
bergantung harapan kepada Chot untuk mencari rezeki setelah kematian ayahnya
lima tahun yang lalu akibat terjatuh dari pokok kelapa.
– Tiba-tiba Alias terasa lubang telinganya
berdengung-dengung dan semakin sakit. Dia perlu membawa Chot memetik buah
kelapa kerana barang-barang dapur seperti beras, ikan kering gelama, dan minyak
masak sudah hampir habis.
Bab 7 : Nak Ambil Hati Chot
– Alias mengambil keputusan untuk membenarkan Chot
berehat. Dia telah menukar rantai leher Chot. Chot melompat ke atas bahu kanan
Alias tetapi Alias mengalih kedudukan beruknya itu ke bahu kirinya. Dia bimbang
Chot tersentuh cuping telinganya yang sakit.
– Alias dan Chot lalu di hadapan rumah Som dan
mengharapkan Som akan mengikut mereka ke sungai. Namun demikian, hasratnya
tidak tercapai kerana Som tidak kelihatan di rumahnya itu.
– Setibanya di sungai, Chot enggan mengikut Alias
untuk mandi kerana takut akan air. Chot ditambat pada tiang kayu tempeneh
sementara dia mandi. Namun tidak lama kemudian, Alias membuka ikatan rantai
pada Chot lalu memandikannya.
– Som datang sambil membawa sebiji pisang bunga untuk
diberikan kepada Chot. Selesai mandi, Alias menambat Chot semula pada tiang
kayu tempeneh.
– Dalam perjalanan pulang ke rumah, Som bertanya
kepada Alias sama ada dia pergi ke sekolah keesokannya atau tidak. Alias
menyatakan ketidakpastiannya dengan memberikan alasan bahawa dia kurang sihat.
– Som mengetahui sebenarnya Alias berasa sakit akibat
telinganya terkena bucu meja pada tengah hari itu. Alias berharap agar Som
tidak memberitahu hal tersebut kepada orang lain.
Bab 8 : Sakit Semakin
Menjadi-jadi
– Alias dilahirkan di Kampung Dingin. Pekerjaan penduduk
di sana adalah tidak tetap, ada yang menjadi penoreh, mencari buluh, dan
mencari pucuk ulam. Penduduk kampung tidak akan melakukan apa-apa kegiatan pada
waktu malam melainkan sesetengahnya belajar bersilat.
– Menjelang jam 10 malam, Alias selesai membaca
al-Quran juzuk yang ketiga. Som tidak datang ke rumahnya untuk mengaji
bersama-sama Alias pada malam itu.
– Alias masih berasa sakit pada telinga kanannya.
Alias meniarap di sisi ibunya sambil membuat kerja Matematik yang diarahkan
oleh Cikgu Sunan.
– Alias berhasrat untuk memberitahu ibunya bahawa dia
tidak dapat hadir ke sekolah keesokannya, tetapi niatnya itu dibatalkan kerana
tidak mempunyai alasan yang kukuh.
– Denyutan di telinga Alias
semakin kuat dan Alias berasa seperti ada benda berair
yang hendak meleleh keluar dari telinganya itu. Alias menyimpan buku latihannya
ke dalam beg. Alias tidur di sebelah ibunya sambil menahan kesakitan.
– Alias membayangkan Cikgu Alias berdiri di hadapan
kelas sambil bertanyakan sebab dia tidak hadir ke sekolah. Lamunannya terhenti
apabila ibunya memadamkan lampu pelita minyak tanah. Akhirnya Alias tertidur
dalam kesakitan.
Bab 9 : Bersama-sama Chot
Memetik Kelapa
– Pada pagi itu Alias bangun lewat walaupun sudah
dikejutkan oleh ibunya. Hal ini demikian kerana telinganya masih berasa sakit.
Dia ingin memberitahu perkara itu kepada ibunya tetapi tidak tahu alasan yang
boleh diberikan.
– Alias mengambil keputusan untuk tidak pergi ke
sekolah kerana ingin memetik buah kelapa bersama-sama dengan Chot. Ibu Alias menasihatinya
agar tidak kerap ponteng sekolah.
– Alias sememangnya tidak mahu ponteng sekolah dan dia
mahu belajar bersungguh-sungguh. Cikgu Sunan juga pernah memujinya dalam mata
pelajaran Matematik.
– Mak Su Kiah menegur Alias yang sudah bersedia untuk
pergi memetik kelapa bersama dengan Chot. Mak Su Kiah akan menghantar nasi ke
rumah Alias pada tengah hari nanti. Dia juga berasa simpati akan kesusahan
hidup yang ditanggung oleh Alias dan ibunya.
Bab 10 : Sakit Telinga Semakin
Menjadi-jadi
– Alias memetik buah kelapa di kebun Pak Din
bersama-sama dengan Chot. Pak Din digambarkan sebagai seorang yang sangat baik.
Oleh itu, Som juga menjadi baik seperti ayahnya.
– Pak Din gemar memilih Alias untuk menguruskan buah
kelapa di kebunnya walaupun terdapat pemanjat pokok kelapa lain seperti Said
Capik di kampung itu. Hal ini demikian kerana dia bersimpati terhadap Alias.
– Alias memilih pokok kelapa yang sesuai lalu
mengarahkan Chot supaya memanjat pokok tersebut. Alias mempelajari cara untuk
mengarahkan Chot memanjat dan memetik kelapa daripada arwah ayahnya.
– Alias merasakan telinganya semakin berdenyut kuat
dan mendapati ada nanah busuk yang keluar dari telinganya. Dia berfikir sama
ada dia mampu meneruskan kerja memetik buah kelapa ataupun tidak. Hal ini demikian
kerana dia bimbang keadaan telinganya itu menjadi lebih teruk. Namun demikian,
Alias teringat akan barang-barang di dapur rumahnya yang sudah hampir habis.
– Alias mengambil keputusan untuk berehat selama lima
belas minit sambil cuba membaca buku sekolah yang dibawanya.
– Tiba-tiba muncul Budin, Kamal, dan Talib yang
meminta buah kelapa muda. Alias tidak mengendahkan permintaan itu kerana Pak
Din menyuruh dia memetik buah kelapa tua sahaja.
– Kamal mengambil sebiji kelapa milik Pak Din yang
agak muda lalu menakik-nakik buah kelapa itu untuk diminum. Alias tidak dapat
menghalang perbuatan Kamal.
– Selepas ketiga-tiga pemuda kampung itu beredar,
Alias merungkai tali yang menambat Chot. Alias tidak berdaya untuk mengangkut
dan mengumpulkan lapan biji kelapa yang telah dipetik kerana telinganya semakin
sakit. Alias mengambil keputusan untuk pulang bersama-sama dengan Chot.
Bab 11 : Dapat Upah Memetik
Kelapa
– Setibanya di rumah, Alias terdengar ibunya
batuk-batuk dari dalam rumah. Ibunya menganggap tindakan Alias memetik buah
kelapa pada pagi itu adalah kerana Alias mahu membalas dendam terhadap Chot
yang bertindak melarikan diri.
– Alias mencadangkan agar ibunya minum air kelapa
untuk mengurangkan batuknya. Sebaik-baik sahaja Alias hendak menuruni tangga
rumahnya, Mak Su Kiah datang membawa nasi dan lauk untuk Alias dan ibunya.
– Alias pergi ke rumah Pak Din untuk meminta Pak Din
membelikan ubat batuk untuk ibunya dan memberitahu jumlah buah kelapa yang
telah dipetik.
– Semasa menunggu Pak Din, Som menceritakan tentang
Cikgu Sunan yang bertanyakan sebab Alias tidak hadir ke sekolah. Som menasihati
Alias agar hadir ke sekolah dan membawa wang sebanyak tiga ringgit untuk derma
PIBG.
– Pak Din memberi Alias sebanyak lima belas ringgit
sebagai upah dia memetik buah kelapa.
Bab 12 : Ibu Sudah Tahu
– Selepas berjumpa dengan Pak Din, dia singgah di
kedai Ah Chai untuk membeli beras, gula, kopi, ikan gelama, dan dua biji pisang
untuk Chot.
– Alias menceritakan perihal Pak Din yang memberikan
upah sebanyak lima belas ringgit sebagai upah memetik kelapa kerana ibunya
berasa hairan apabila dia mempunyai wang sebanyak itu. Dia juga memberitahu
bahawa Pak Din akan membelikan ubat batuk untuk ibunya.
– Ibu Alias terhidu bau busuk dan mendapati bau busuk
tersebut datang daripada telinga Alias yang bernanah. Dia menyuruh Alias
menyapukan minyak angin pada telinganya.
– Alias berasa bimbang sekiranya bau busuk tersebut
akan menyebabkan Som tidak mahu berkawan dengannya dan rakan-rakannya yang lain
sudah pasti akan mengejeknya nanti. Namun Alias yakin bahawa Chot akan tetap
berkawan dengannya.
Bab 13 : Terus Tidak ke Sekolah
– Sudah seminggu Alias tidak hadir ke sekolah sejak
telinganya bengkak dan bernanah. Namun demikian, dia akan pergi ke rumah Som
untuk menyalin nota dan kerja rumah.
– Alias membuat pelbagai andaian kerana sedar bau
busuk itu akan menyebabkan dia diejek oleh kawan-kawannya, termasuklah Cikgu
Sunan.
– Dia bimbang jika Cikgu Sunan menyuruhnya pergi ke
klinik di pekan yang jauh itu dan risau sekiranya dia tidak dapat hadir pada
hari peperiksaan disebabkan nanah di telinganya yang meleleh.
Bab 14 : Pertanyaan yang
Mendebarkan
– Cikgu Sunan bertanya kepada Som tentang sebab Alias
sudah lebih seminggu tidak hadir ke sekolah memandangkan rumah Alias berdekatan
dengan rumahnya.
– Cikgu Sunan menasihati murid-murid di dalam kelasnya
supaya tidak bersikap seperti Alias yang sering bersama-sama dengan beruknya.
– Cikgu Sunan juga menuduh Som yang dikatakan berkawan
dengan Alias dan lama-kelamaan akan menjadi seperti kawannya itu hingga
menyebabkan Som berasa malu.
– Tiba-tiba Guru Besar datang dan memanggil Cikgu
Sunan ke biliknya.
Bab 15 : Guru Besar Mulai
Bimbang
– Guru Besar mendapati Alias tidak hadir lebih dari
lima hari berdasarkan rekod buku kedatangan kelas. Dia bertanyakan hal itu
kepada Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menyatakan bahawa dia tidak mengetahui sebabnya
walaupun sudah bertanya kepada Som.
– Guru Besar sedia maklum perihal Alias sebagai
seorang murid yang miskin dan kematian ayah. Namun dia tidak mengetahui
perihal ibu Alias yang sakit lumpuh
dan perihal Alias mempunyai seekor beruk kerana perkara tersebut
dirahsiakan.
– Guru Besar amat sayang akan Alias berbanding dengan
Cikgu Sunan. Dia mengarahkan Cikgu Sunan agar menyiasat hal tersebut.
– Tiba-tiba mereka digemparkan dengan kehadiran beruk
di belakang hutan sekolah. Ada yang menyangkakan beruk itu ialah beruk Alias
dan ada pula yang mengarahkan agar beruk itu ditembak.
– Som mengatakan beruk itu bukanlah beruk Alias kerana
dia amat mengenali Chot. Akhirnya, semua murid diarahkan untuk beredar dan
Cikgu Sunan meminta Som menunjukkan rumah Alias pada hari esok atau lusa.
Bab 16 : Salah Sangka
– Alias dan Chot tidak kelihatan di rumah menyebabkan
ibunya tertanya-tanya akan ketiadaan anaknya itu. Kebiasaannya, Alias akan
memberitahu ibunya apabila hendak ke mana-mana.
– Mak Su Kiah datang membawa nasi dan gulai untuk
mereka. Tiba-tiba Miah dan Budin datang ke rumah Alias dengan membawa setandan
pisang emas yang sudah rosak.
– Dalam keadaan marah-marah, Miah menuduh Chot telah
merosakkan pisang di kebunnya lalu meminta ganti rugi.
– Ibu Alias berasa sedih dan mempertahankan Chot yang
tidak akan melakukan perkara itu. Pak Din juga datang ke rumah Alias dan cuba
untuk mententeramkan keadaan. Dia berjanji untuk menggantikan pisang yang rosak
itu.
– Alias baru sahaja pulang setelah membeli ubat sakit
telinganya di pekan. Dia tidak menyangka rantai Chot akan putus sekali lagi.
– Tiba-tiba, Kamal, iaitu rakan Budin muncul dan
memberitahu tentang beruk yang merosakkan pisang itu telah mati ditembak.
– Alias terkejut mendengar berita itu dan terus
berlari untuk mendapatkan kepastian tentang hal tersebut.
– Di pertengahan jalan, Alias terserempak dengan Som
yang memberitahunya bahawa beruk yang mati ditembak itu bukannya Chot.
Bab 17 : Chot Sudah Balik
– Pada malam itu, Som sahaja yang mengaji, manakala
Alias masih berdukacita atas kehilangan Chot buat kali kedua.
– Alias sedar akan kesalahannya yang terlupa
memberikan pisang kepada Chot semasa dia pergi ke pekan. Alias memikirkan sudah
tentu dia akan mengalami kesusahan kerana ketiadaan Chot.
– Som meminta Alias membantunya membuat latihan
Matematik. Som tahu jika Alias tidak mahu ke sekolah, sudah pasti dia tidak
akan menduduki peperiksaan akhir nanti. Som cuba untuk memujuk Alias ke sekolah
tetapi dia enggan kerana mahu mencari Chot.
– Bau busuk dari telinga Alias yang bernanah
menyebabkan Som berasa kurang selesa. Alias berasa tersinggung apabila
merasakan seolah-olah Som menghinanya.
– Alias menuruni tangga rumah untuk memanggil Pak Din
kerana Som mahu pulang ke rumahnya.
– Tiba-tiba mereka terdengar suara Chot di atas pokok
langsat. Alias berasa sangat gembira kerana Chot sudah pulang.
Bab 18 : Cikgu Sunan Tunjuk Baik
– Tempat duduk Alias telah lama kosong sejak peristiwa
dia jatuh terlentang di dalam kelas beberapa hari yang lalu.
– Som bimbang akan dimarahi oleh Cikgu Sunan sekiranya
dia tidak dapat menjawab soalan Matematik yang ditanya oleh Cikgu Sunan.
– Som turut bimbang sekiranya Cikgu Sunan bertanya
tentang ketidakhadiran Alias kepadanya kerana dia tinggal berdekatan dengan
rumah Alias.
– Som telah menyuruh Alias menulis surat untuk
mengatakan bahawa dia sakit tetapi tidak dipedulikan oleh Alias. Cikgu Sunan
telah memuji-muji Som kerana berjaya membuat latihan yang telah diberikan.
– Cikgu Sunan meninggalkan kelas darjah lima kerana
mahu berjumpa dengan Guru Besar. Som diejek oleh rakan-rakannya di dalam kelas
yang mengatakan bahawa Som dapat menjawab soalan Matematik disebabkan Som
berkawan dengan Alias.
– Som pergi ke tandas kerana berasa malu. Cikgu Sunan
menunggu Som di luar tandas dan memintanya untuk menunjukkan rumah Alias
selepas tamat waktu persekolahan nanti.
– Som berasa serba salah kerana takut akan dimarahi
oleh Alias dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.
– Cikgu Sunan tidak dapat mengajar seperti biasa
kerana ada sesuatu yang merungsingkan fikirannya. Dia juga mendapat tahu bahawa
telinga Alias bengkak dan bernanah.
Bab 19 : Demi Kesayangan…
– Som pulang dari sekolah dengan menumpang kereta
Volvo Cikgu Sunan kerana cikgunya itu mahu ke rumah Alias.
– Dalam perjalanan ke rumah Alias, Cikgu Sunan telah
mengetahui latar belakang Alias yang tinggal bersama-sama dengan ibunya yang
lumpuh dan seekor beruk bernama Chot daripada Som.
– Som tidak mahu ke rumah Alias bersama-sama dengan
Cikgu Sunan kerana bimbang akan dimarahi oleh Alias lalu mengambil keputusan
untuk turun di suatu titi.
– Setelah sampai di rumah Alias, Cikgu Sunan melihat
kedaifan kehidupan Alias dan ibunya.
– Cikgu Sunan memberitahu tentang kedatangannya kepada
ibu Alias adalah untuk bertanya sebab Alias tidak hadir ke sekolah sedangkan
peperiksaan sudah semakin hampir.
– Cikgu Sunan berasa bersalah kerana telah menengking
Alias sehingga menyebabkan Alias jatuh terlentang di dalam kelas dan
menyebabkan telinga kanan Alias bengkak dan bernanah.
– Dia berasa menyesal kerana tidak memasukkan nama
Alias dalam senarai penerima bantuan pakaian juga.
– Alias pulang ke rumah sambil membawa dua biji kelapa
tua dan sebuah buku kerja. Alias menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan
Cikgu Sunan.
– Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang bengkak
dan bernanah itu.
– Chot berang melihat keadaan itu lalu menerkam dan
menggigit lengan Cikgu Sunan.
– Alias yang terkejut cuba mententeramkan Chot dan
melepaskan gigitannya pada lengan Cikgu Sunan tetapi tidak berjaya.
– Alias mengambil lembing lalu merodok lembing itu
pada perut Chot menyebabkan Chot terkulai dan mati.
– Alias berasa sangat sedih lalu memeluk Chot. Dia
mengatakan bahawa dia tidak mampu lagi untuk bersekolah kerana dia tidak dapat
menyara kehidupannya dan ibunya tanpa bantuan Chot.
– Cikgu Sunan berjanji akan membiayai persekolahan
Alias sehingga Alias memasuki universiti.
Bab 20 : Penghormatan Terakhir
– Alias telah mengorek lubang sedalam kira-kira dua
kaki untuk menanam Chot yang telah dibalut dengan kain buruk.
– Ibu Alias, Pak Din, Mak Su Kiah, dan Som berasa
sedih melihat Alias yang menanam Chot di bawah pokok langsat, tempat Chot
ditambat sewaktu Chot hidup.
– Alias mengambil papan sepanjang satu kaki lalu
mencacakkannya seperti batu nisan. Pada papan itu tertulis, “Tunggu aku di
pintu universiti, Chot”. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke
sekolah pada hari esok.
Thanks
ReplyDeleteWelcome 🤗
DeleteMy hand hurt......im dying
DeleteAssalamualaikum.Saya nk minta izin copy teks ni,terima kasih.
ReplyDeletelawak babi
DeleteTak lawak pun
Deletecelah mane nyer lawak
DeleteKerja rumah ke bang😜👆
Delete😂🤣😂🤣😂🤣👎👎👎
Deleteho bodo fuck you
Deleteerkk tiber sioy
DeleteBanyak kena salin,tapi terima kasih
ReplyDeleteThanks amat berguna kpd kami
ReplyDelete😊😊
Thanks amat berguna kpd kami
ReplyDelete😊😊
Thank
DeleteThanks amat berguna kpd kami
ReplyDelete😊😊
Thanks amat berguna kpd kami😊😊
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteTqsm atas perkongsian ni, srs berguna pda sy
ReplyDeleteThank amat berguna kepada kami.. Semoga saya dapat cemerlang dlm pt3 nnti.. Amin...
ReplyDeleteMadam mana pt3 tahini lepas? Senang ke?😂
DeleteThank amat berguna kepada kami.. Semoga saya dapat cemerlang dlm pt3 nnti.. Amin...
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteamat berguna untuk copy passte
ReplyDeleteTerima kasih ini sangat berguna..
ReplyDeleteThanks ah mujur la pendek sikit yang ni cikgu punye bagi keje fuh
ReplyDeletetq sbb buat mnde nie sbb ringkas cikgu bagi panjang mcm ape dh
ReplyDeleteringkas ape ca ni..pangjang nk mampuih..lenguh tgn naa nk salin semuo ni
Deleteterboek! ;)
ReplyDeleteSedih nya ending novel ni
ReplyDeleteAn
DeleteNi annum ke
Deletetqvm share..mohon izin share sbg nota ye...tqvm
ReplyDeleteMcm taik
ReplyDeleteIlmu ni woi
DeleteIlmu kot woiiiiiiii
Deletetak payah la baca camtu sebok je dtg
Deleteilmu ilmu gak mmg bodo alias
DeleteMemang betui berguna bagi aq
ReplyDeleteSembang la taik ni
DeleteKau ke taik
Deletebodo puki 👨🏻🦲
Deletetak baiklah
DeleteNice
ReplyDelete@mantap buku chot mengajar kite hargahilah ape yang di dapan mata
ReplyDeleteJjajfgx
ReplyDeleteAlhamdullillah dh jumpa rezeki untuk buat assignment.... Kasi bagi tiru erk, terima kasih 😝
ReplyDeleteKerja cuti terancang huhuhu....
ReplyDeletecikgu saya tak bagi print 👹 ARARARARARARA
ReplyDeleteSaya dipaksa untuk baca benda ini....😭
ReplyDeleteminta izin salin benda ni..cikgu tak bagi print...huhu
ReplyDeleteSek Adha ada op lam ni
ReplyDeleteAde🤣🤣🤣
DeleteAlah parok naw
DeleteLak wak nota er ramai gop sek kita
DeleteTq...nk cnp tau
ReplyDeletenice
ReplyDeleteSedih x ingt dunia baca ending cite ni hrm
ReplyDeleteBagusnye. Senang sikit nk buat kerja ≧﹏≦
ReplyDeleteSedih jalan cerita nya.... 😭
ReplyDelete선생님 감사합니다
ReplyDeleteChinese or Japanese?
DeleteSek koloh long ado dop dalam ni ��
ReplyDeleteThanks for sharing this
ReplyDeletesian.....semua cikgu bm kauorag suruh copy sinopsis ni.
ReplyDeletetulah bang, lebih baik baca je
Deleteyer weh nak tercabut tangan aku
Deletebe(bad ending)....
ReplyDeleteKalau boleh panjang lagi :)
ReplyDeletepnjg :)
ReplyDeleteyou should make more of these Encik/Puan Tanya Cikgu.
ReplyDeleteSek adha ade oppp
ReplyDeleteSaya mintak izin salin ye sinopsis ni
ReplyDeleteTerima Kasih
Saya minta izin untuk menyalin sinopsis ini. Terima kasih. Kebaikan tuan mempermudah urusan orang diharapkan mendapat balasan baik.. sangat membantu.. :-)
ReplyDeletety
ReplyDelete