Friday, 25 January 2019

Novel Chot : Watak dan Perwatakan (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot karya Azizi bin Haji Abdullah


WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama :  Alias
Murid tahun lima yang kehilangan bapanya kerana terjatuh dari pokok kelapa.
Murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik – Alias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik.

Anak yang taat akan nasihat ibunya
– patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Anak yang bertanggungjawab
– Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.

Berjiwa lembut
– berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau telinga yang busuk.

Gigih
– Alias membawa buku latihan ke mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika memetik kelapa.

Tidak berdendam
– Alias melayan Cikgu Alias dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas sehingga telinganya terkena bucu meja murid.

  
WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN
Watak Sampingan :

1. Chot
Beruk peninggalan arwah bapa Alias.
Sangat sayang akan tuannya, Alias.
Patuh akan arahan tuannya.

2. Cikgu Sunan
Tinggi dan berbadan sederhana besar.
Guru kelas tahun lima.
Guru mata pelajaran Matematik.

Garang
– Cikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.

Benci akan Alias.
Menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias.

3. Leha
Ibu Alias.
Ibu yang menitikberatkan pendidikan agama
– menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan menunaikan solat.
Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekular – mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias ponteng sekolah terlalu lama.

4. Som
Murid tahun lima.
Sahabat baik Alias.
Takut akan Cikgu Sunan.
Lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Suka bergurau.
Prihatin akan nasib Alias.
Baik hati.

5. Mak Su Kiah
Berbadan sedikit gempal dan berambut panjang.
Baik hati – memberi makanan tengah hari untuk Alias dan ibunya.

6. Pak Din
Bapa Som
Kematian isteri 
- Baik hati 
– banyak membantu ketika Alias dalam kesusahan.

9 comments: