Saturday, 9 February 2019

Novel Chot : Latar Tempat (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah
Latar Tempat


1. Kampung Dingin,
iaitu sebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil, tempat Alias dilahirkan.

2. Rumah Alias
Som belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias.
Mak Su Kiah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya.

3. Halaman perhimpunan
Ketika Som tiba lewat kerana menunggu Alias, perhimpunan sekolah diadakan. Guru pengawas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menyentuh beberapa isu, iaitu kenakalan murid yang mencalarkan kereta guru dan sampah sarap yang dibuang merata-rata.

4. Bilik darjah lima
Cikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar Matematik.
Cikgu Sunan menengking Alias kerana Alias seperti menyindirnya ketika datang lewat ke sekolah dengan alasan beruk.

5. Rumah Pak Din
Alias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk ibunya di samping memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta bertanya kepada Som akan hal di sekolah.
Alias mengambil dan menyalin nota rumah yang diberikan oleh Cikgu Sunan.

6. Sungai
Alias membawa Chot mandi di sungai.

7. Kebun kelapa Pak Din
Alias dan Chot memetik kelapa.

8.Kedai Ah Chai
Alias membeli pisang untuk Chot.


Latar Masa

1. Pagi
Ada perhimpunan sekolah.
Cikgu Sunan mengajar Matematik.
Alias dan Chot memetik kelapa.

2. Tengah hari
Mak Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya khabar sebelum pulang ke rumah.

3. Petang
Alias memandikan Chot di sungai di belakang rumah Som.
Alias dan Som belajar membaca al-Quran daripada emak Alias.
Som belajar membuat latihan Matematik daripada Alias.


Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan.

2. Masyarakat yang berdikari – Alias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah kelapa.

3. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak – Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan sekular.

4. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan – Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din.

5. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama – Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat.

6. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular – Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama.

7. Masyarakat yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.

8. Masyarakat yang jujur – Alias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari beruk kesayangannya yang hilang.

9. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan – Alias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan.

10. Masyarakat yang berprasangka – Miah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya.

11. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaan – Som berusaha belajar Matematik daripada Alias.

12. Masyarakat yang baik hati – Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha.

1 comment:

  1. Pokok langsat
    1)tempat Alias menambat Chot
    2) Alias menguburkan Chot yang meninggal dunia

    ReplyDelete