Novel Chot karya Azizi Haji Abdullah |
1. Permulaan
Beruk
Alias, Chot hilang. Alias menangis. Dia tidak pergi ke sekolah. Usaha ibunya
dan Som memujuknya supaya mencari Chot selepas waktu persekolahan gagal.
2. Perkembangan
Alias
mengambil keputusan pergi ke sekolah selepas gagal mencari Chot. Di sekolah,
Alias telah diherdik dan ditengking oleh Cikgu Sunan.
3. Perumitan
Cikgu
Sunan bertempik sehingga Alias terdorong ke belakang dan jatuh terlentang.
Telinga Alias terkena meja murid. Rentetan peristiwa itu, Alias tidak pergi ke
sekolah lebih daripada seminggu kerana telinganya bernanah. Alias malu dan
takut diejek oleh kawan-kawannya. Alias tidak menceritakan hal sebenar yang
berlaku kepada ibunya di sekolah.
4. Kemuncak
Cikgu
Sunan pergi ke rumah Alias. Kedatangannya ke situ tidak disenangi oleh beruk
Chot. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot melompat
dan melonjat kuat sehingga rantai di lehernya terputus. Chot menerkam Cikgu
Sunan dan menokak lengan guru itu. Chot tidak mahu melepaskan gigitannya
walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya. Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak
tahu tindakan yang perlu diambil kerana Chot ialah beruk kesayangannya.
5. Peleraian
Alias
mengambil lembing berkarat yang berada di bawah rumah lalu merodok mata lembing
itu ke perut Chot. Chot mati di tangan Alias. Cikgu Sunan serba salah dengan
Alias. Cikgu Sunan berjanji akan membiayai pendidikan Alias sampai ke
universiti.
TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Perihal
keadaan rumah Alias.
Rumah itu sangat buruk dan usang. Atap pun dibuat daripada daun
rumbia yang sudah reput - bocor di sana sini kalau hujan lebat.
2. Dialog
Dialog
antara Alias dengan Cikgu Sunan
“Haa, kalau dah putus rantai, apa kamu buat? Kamu bela berukkah?”
“Dia hilang. Saya carinya, cikgu. Sebab tu saya lambat sampai.”
“Kalau Chot tidak ada, bagaimana mahu mengambil upah memetik buah
kelapa?” fikirnya. Siapakah yang akan membiayainya ke sekolah.
3. Imbas kembali
Perihal
Som teringat Cikgu Sunan bersungut-sungut apabila pintu depan keretanya calar.
Tiba-tiba som terasa ditolak oleh Hasnah dari belakang. Barulah
Som tersedar yang dia sedang mengelamun kisah kelmarin. Som tidak mendengar
apa-apa yang diucapkan oleh Cikgu Sunan tadi.
4. Saspens
Peristiwa
Budin tergesa-gesa ke rumah Alias untuk memberitahu bahawa beruk yang
merosakkan kebun pisang Miah, iaitu Chot mati ditembak.
Peristiwa
lengan Cikgu Sunan ditokak oleh Chot.
If you're trying to lose kilograms then you have to try this totally brand new tailor-made keto meal plan.
ReplyDeleteTo create this service, certified nutritionists, fitness couches, and cooks united to produce keto meal plans that are productive, suitable, money-efficient, and delicious.
From their grand opening in January 2019, 1000's of individuals have already remodeled their figure and well-being with the benefits a smart keto meal plan can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto meal plan.
tipu ii
DeleteAku dari masa depan:)
DeletePemerian tu ape????
ReplyDeleteMonolog?
ReplyDeletegambaran mcm penulis tu nak gambarkan sesuatu tapi dia menggunakan medium penulisan kepada pembaca
ReplyDeletepenurunan?
ReplyDelete