TAJUK : AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini
supaya menjadi ayat majmuk.
- Kami suka akan rumah yang kecil. Kami suka akan rumah yang selesa.
- Kanak-kanak itu menjerit. Kanak-kanak itu lari.
- Dia bernyanyi. Dia menari dengan rancaknya.
- Budak itu sedang berlari. Budak itu adik saya.
- Nenek sedang memasak nasi. Dia baru sahaja datang dari kampung.
- Guru itu baru berpindah ke sini. Dia mengajarkan Matematik kepada pelajar Tingkatan Lima.
- Buku itu tebal. Buku itu buku revisi Bahasa Melayu SPM.
- Kebun kelapa itu luas. Kebun kelapa itu terletak di sepanjang jalan raya itu.
- Penduduk kampung itu sedar. Kampung mereka akan mengalami banjir kilat.
- Keluarga itu berpindah ke dewan orang ramai. Keluarga itu ingin mengelakkan diri mereka daripada bencana banjir.
- Pihak polis menyatakan sesuatu. Orang ramai perlu melaporkan diri kepada balai polis yang berhampiran ketika hendak pulang ke kampung.
- Perkara itu amatlah mudah. Dia lulus ujian.
- Hamzah melakukannya. Perkara itu amat mustahil.
- Dia merayau-rayau ke sana ke sini. Dia tidak mempunyai tujuan.
- Dia mengambil kesempatan atas kelemahan orang itu. Dia menangguk di air keruh.
- Nasihat ibu kepada abang sia-sia sahaja. Ibu mencurahkan air ke daun keladi.
- Kanak-kanak digalakkan minum susu. Susu menguatkan gigi.
- Kita mengatasi masalah keracunan makanan. Kebersihan gerai perlu dititikberatkan
ANDA DIGALAKKAN MENJAWAB KESEMUA SOALAN DI ATAS KEMUDIAN BARULAH SEMAK JAWAPAN ANDA.
JAWAPAN:
- Kami suka akan rumah yang kecil tetapi selesa.
- Kanak-kanak itu menjerit lalu lari.
- Dia bernyanyi sambil dengan rancaknya.
- Budak yang berlari adik saya.
- Nenek yang sedang memasak nasi baru sahaja datang dari kampung.
- Guru yang baru berpindah ke sini mengajarkan Matematik kepada pelajar Tingkatan Lima.
- Buku yang tebal itu ialah buku revisi Bahasa Melayu SPM.
- Kebun kelapa yang luas itu terletak di sepanjang jalan raya itu.
- Penduduk kampung itu sedar bahawa kampung mereka akan mengalami banjir kilat.
- Keluarga itu berpindah ke dewan orang ramai untuk mengelakkan diri mereka daripada bencana banjir.
- Pihak polis menyatakan bahawa orang ramai perlu melaporkan diri kepada balai polis yang berhampiran ketika hendak pulang ke kampung.
- Untuk dia lulus ujian itu amatlah mudah.
- Untuk Hamzah melakukannya amat mustahil.
- Dia merayau-rayau ke sana ke sini seolah-olah tidak mempunyai tujuan.
- Dia mengambil kesempatan atas kelemahan orang itu bagaikan menangguk di air keruh.
- Nasihat ibu kepada abang sia-sia sahaja seperti mencurahkan air ke daun keladi.
- Kanak-kanak digalakkan minum susu untuk menguatkan gigi.
- Bagi mengatasi masalah keracunan makanan, kebersihan gerai perlu dititikberatkan.
Buku Rujukan Tatabahasa Melayu |
MOHON KEBENARAN UNTUK SALIN SOALAN-SOALAN INI YA CIKGU. TERIMA KASIH
ReplyDeleteOk cikgu
ReplyDeleteMacam mana pulak dengan ayat ni hakimkah beliau? Peguamkah beliau?
ReplyDelete