Bekerja sebagai kelasi kapal ada risikonya |
Sinopsis
Kapten
Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum
seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung
penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba
menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu
ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.
Tema
Tanggungjawab
pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas
ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum,
suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat
telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya
setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan
diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..
Persoalan
- Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
- Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
- Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.
- Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.
Plot
Secara
keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot
dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di
rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan
peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang
geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii) Perkembangan
Kapten
Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia
terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu
terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika
menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia
dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal
ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak
Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii) Konflik
Pada
peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan
memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih
setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan.
Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya
bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv) Klimaks
Percakapan
antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya
sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu.
Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya
ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.
(v) Peleraian
Peringkat
peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji
untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor.
Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia
mula menerima takdir Allah..
Watak
dan Perwatakan
Watak
Utama
Kapten Mamat
- Bekerja sebagai kapten kapal.
- Seorang pesara.
- Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.
- Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.
Watak
Sampingan
1. Masnah
- Janda Baharum.
- Mempunyai dua orang anak.
- Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi -suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
- Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2. Isteri Kapten Mamat
- Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
- Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
Latar
Latar
Masa
Tengah
hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat
berterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar
Tempat
- Rumah Kapten Mamat. Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
- Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
- Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.
Latar
Masyarakat
- Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
- Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
- Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung.
- Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.
Nilai
- Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
- Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
- Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
Pengajaran
- Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
- Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
- Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.
No comments:
Post a Comment