Anak cacat tidak harus disisihkan |
Sinopsis
Perjalanan kehidupan Mak
Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah
bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya
yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil
dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah
berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya
apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak
serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut
mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan
segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum
dia meninggal dunia.
Tema
Kesabaran seorang ibu
angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)
Persoalan
- Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
- Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
- Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
- Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
Plot
Secara keseluruhannya, plot
cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot
iaitu:
(i)
Permulaan
Pembaca diperkenalkan
dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga
keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii)
Perkembangan
Mak Timah terkenangkan
peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew
Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati
apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii)
Konflik
Konflik timbul apabila anak
Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar
ke rumah kebajikan.
(iv)
Peleraian
Mak Timah terus menjaga
Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.
Watak
dan Perwatakan
Watak
Utama
1.
Mak Timah
- Perempuan tua
- Selalu sakit-sakit
- Ibu angkat Pungut
- Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
- Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
Watak
Sampingan
2.
Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
- Berusia 24 tahun.
- Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
- Anak angkat Mak Timah.
- Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
3.
Bibik
- Nenek Pungut.
- Berbangsa Cina peranakan.
- Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
Latar
Latar Masa
- Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
- 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
- Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
- Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar
Masyarakat
- Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
- Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.
- Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya
Nilai
- Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
- Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
- Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.
- Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
- Nilai setiakawan,
contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan
Bibik.
Pengajaran
- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
- Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
- Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.
- Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
- Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment