Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop |
Watak dan
Perwatakan
Watak Utama
: Nurul Hafsa
1. Seorang yang
tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi
cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap
(KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat
kelip-kelip
Seorang yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah
berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan
berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
2. Seorang yang
berani
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam.
3. Seorang yang
sanggup berkorban
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban
masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip
dan Kawasan pencerapan bintang
4. Seorang yang
setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan
Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik
bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Watak Sampingan :
1. Muhammad Taufik
a. Seorang yang
tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi
cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap
(KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat
kelip-kelip
b. Seorang yang taat
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan
Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand
walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama
kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang
diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
d. Seorang yang sanggup
berkorban
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia
pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban
masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat
kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
e.Seorang yang
setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik
sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas
untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
2. Tan Sri Muhaimin
a. Seorang yang
tabah
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya
seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
b. Seorang yang
bersyukur
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila
mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas
isterinya, Pn.Wickham
c. Seorang yang
bertanggungjawab
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab
kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang
diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
d. Seorang yang
penyayang
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang
akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak meraka itu
a. Seorang yang
bertanggungjawab
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul
Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya
dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap
b. Seorang yang taat
– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah
agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
c. Seorang yang
setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul
Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
4. Maryam Wickham
a. Seorang yang
penyayang
– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan
anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki
oleh anak meraka itu
.
5. Haji Yassir
a. Seorang yang bersyukur
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
No comments:
Post a Comment