Monday, 28 January 2019

TEKNIK MENULIS ISI KARANGAN DAN PENUTUP KARANGAN.


Assalamuálaikum dan salam sejahtera.

Teknik menulis pendahuluan karangan telahpun cikgu huraikan dalam tulisan cikgu sebelum ini dibawah tajuk Teknik Pendahuluan Karangan.  Pembaca bolehlah rujuk tajuk tersebut.

Tulisan kali ini berfokus pada teknik menulis dan menghurai isi karangan dan teknik menulis penutup karangan.


Teknik Menghurai Isi Karangan - IMBaKUP

Pada kali ini, cikgu akan membimbing pelajar akan cara-cara menulis karangan dengan betul. Bahagian menulis isi karangan merupakan bahagian yang paling penting untuk dikuasai oleh pelajar. Isi karangan perlulah dihuraikan dengan baik dan menampakkan kematangan pelajar. Ayat-ayat perlulah disusun dan diolah dengan bijak.

Di sini cikgu akan memandu pelajar untuk menghuraikan isi karangan dengan kaedah IMBaKUP. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh cikgu Mohammad Nasir bin Ibrahim yang merupakan guru cemerlang Bahasa Melayu. Cikgu dapati kaedah ini seakan satu formula yang memandu pelajar menghuraikan isi karangan dengan berkesan.

Sekilas tentang kaedah IMBaKUP

I           = Isi
M         = Mengapa
Ba       = Bagaimana
K         = Kesan
U         = Ungkapan
P          = Penegasan

Teknik Menulis Penutup Karangan - PCH

Bahagian penutup juga merupakan bahagian yang tidak kurang pentingnya. Penutup karangan yang baik akan melengkapkan sebuah karangan yang tersusun dan bermakna. Ayat-ayat yang perlu ada dalam bahagian penutup karangan ialah PCH.

P          = Pandangan tentang tema (Kesimpulan secara keseluruhan)
C         = Cadangan tentang tema
H         = Huraian tentang tema


Latihan 1

Setiap manusia memerlukan rakan dalam kehidupan mereka yang dipenuhi dengan cabaran  dan dugaan.
Sebagai seorang rakan, huraikan usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda yang menghadapi masalah.

Pendahuluan
• Memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka
• Menghilangkan kebosanan yang melanda diri
• Rakan-rakan ada yang terjebak dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah          
• Rakan ketawa senang dicari tetapi rakan menangis sukar ditemui
• Siapakah yang harus bertanggungjawab untuk membantu mereka?
• Saya perlu membantu rakan saya sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna

Isi-isi Penting

I
Memberikan nasihat dan teguran secara berhemah
M
Memahami hati budi masing-masing - mampu mengubah tingkah laku rakan daripada melakukan perkara yang sia-sia
Ba
Memberi nasihat dalam situasi yang sesuai - memujuk rakan yang bermasalah supaya kembali ke pangkal jalan - sentiasa membantu tanpa mengira waktu dan ketika
K
Berfikir secara rasional sebelum bertindak - melakukan sesuatu yang positif
U
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak
P
Benarlah : Tidak malu atau takut untuk memberikan nasihat kepada rakan

I
Mengajak rakan mengikuti program-program pembinaan jati diri
M
Kekuatan dalaman perlu diberikan keutamaan - benteng ketahanan diri daripada diancam masalah keyakinan diri
Ba
Mengikuti kursus motivasi, program keagamaan dan kursus pemerkasaan jati diri
K
Akan sedar daripada kesilapan dan kekhilafan yang pernah dilakukan - tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua
U
Peribahasa kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dapat dielakkan
P
Tepatlah : Program jati diri yang disertai dapat mengukuhkan kekuatan dalam diri

I
Mengajak rakan mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah
M
Leka dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah
Ba
Merancang aktiviti melancong, mendaki gunung, memancing ikan dan bersukan
K
Ruang melakukan aktiviti tidak berfaedah semakin berkurangan ataupun terhad -menimbulkan suasana ceria, seronok dan gembira - rakan biasa melakukan sesuatu perkara baik yang sukar dilakukan sebelum ini
U
Alah bisa tegaI biasa
P
Betullah : Perancangan aktiviti yang berfaedah dapat mewujudkan suasana hidup yang ceria

I
Memaklumkan kegiatan rakan kita kepada pihak yang sewajarnya
M
Ada yang terlibat dengan kes sosial yang berat dan mengaibkan
Ba
Ibu bapa, agensi penguat kuasa dan pihak kaunselor harus dimaklumkan -ketekunan dan kesabaran perlu ada dalam diri untuk tujuan ini
K
Dapat memberi nasihat atau mengambil tindakan segera - mengelakkan terjerumus ke kancah sosial yang lebih buruk - akhlak yang buruk dapat disekat daripada mempengaruhinya
U
Sudah terhantuk baharu hendak tengadah
P
Sesungguhnya : Dapat menyekat daripada terus melakukan kegiatan yang tidak sihat

Kesimpulan

P
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan rakan yang berakhlak mulia
C
Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi - janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing - hidup bermuafakat perlu diamalkan seperti kata peribahasa serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
H
Melahirkan pelapis negara yang berguna untuk membangunkan agama, bangsa dan negara

12 comments:

  1. Terima kasih cikgu. Semoga Allah melindungi cikgu sekeluarga. Insha Allah.

    ReplyDelete
  2. Ya terima kasih cikgu... Besok sudah spm all the best batch 03 !

    ReplyDelete
  3. Cikgu ,jika tulis 3 isi sahaja untuk bahagian b dan tidak ada penutup , apakah markah yang paling teruk akan dapat , (situasi yang teruk akan kurang daripada 30 markah tak ?)

    ReplyDelete