Novel Chot ; Oleh Azizi bin Haji Abdullah |
SINOPSIS
Alias, murid tahun lima yang meniti arus kehidupan
bersama ibunya yang lumpuh. Alias bergantung hidup dengan mengambil upah
memetik buah kelapa melalui Chot, beruk peninggalan arwah bapanya yang meninggal
dunia kerana terjatuh daripada pokok kelapa lima tahun yang lepas. Apabila Chot
hilang pada suatu pagi, Alias telah terlewat hadir ke sekolah. Alias berdegil
untuk mencari Chot walaupun berkali-kali ibunya dan sahabat baiknya, Som
memujuknya agar mencari Chot selepas waktu persekolahan. Apabila usahanya
mencari Chot gagal, Alias mengambil keputusan untuk ke sekolah walaupun dia
sudah terlewat dan bakal dimarahi oleh Cikgu Sunan.
Chot ditemuinya ketika perjalanan pulang dari sekolah.
Chot bersembunyi di pokok cenerai. Alias berasa gembira dengan penemuan
tersebut kerana itulah satu-satunya aset yang dimiliki untuk mencari duit bagi
menampung yuran persekolahan dan perbelanjaan harian dia dan ibunya yang
lumpuh. Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menengkingnya sehingga dia
terkejut lalu terjatuh. Telinga Alias terkena meja murid. Ekoran peristiwa itu,
Alias tidak ke sekolah lebih daripada seminggu. Sepanjang tempoh tersebut,
Alias memetik kelapa dengan Chot. Alias memberi alasan kepada ibunya bahawa dia
perlu memetik kelapa kerana beras sudah habis. Mak Leha tidak berkata apa-apa
walaupun pada mulanya dia curiga.
Alias tidak mahu ke sekolah kerana malu sekiranya
kawan-kawan mengejeknya berbau busuk. Namun, Alias akur apabila ibunya mengetahui
telinganya bernanah. Setelah seminggu lebih tidak ke sekolah, Cikgu Sunan
bertanya kepada Som sebab Alias tidak hadir ke sekolah. Barulah dia tahu, Alias
tidak datang ke sekolah kerana sakit telinga. Akhirnya, Cikgu Sunan mengambil
keputusan pergi ke rumah Alias dengan bantuan Som. Tambahan lagi, Guru Besar
juga menyarankan kepadanya perkara yang sama supaya menyiasat perihal Alias.
Kedatangan Cikgu Sunan disambut baik oleh ibu Alias.
Alias juga tidak berdendam dengannya malahan ramah walaupun pada mulanya
kelihatan takut-takut. Namun, kedatangan Cikgu Sunan tidak disenangi oleh
Chot. Beruk itu sangat marah akan Cikgu Sunan.
Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang
bernanah, Chot melompat dan melonjat kuat sehingga rantai di lehernya terputus.
Chot menerkam Cikgu Sunan dan menokak lengan guru itu. Chot tidak mahu
melepaskan gigitannya walaupun Cikgu Sunan memukul-mukulnya.
Keadaan menjadi kelam-kabut. Alias tidak tahu tindakan
yang perlu diambil kerana Chot itu beruk kesayangannya. Ibunya pula menyuruh
menolong Cikgu Sunan. Akhirnya, Alias mengambil lembing berkarat yang berada di
bawah rumah lalu merodok mata lembing itu ke perut Chot. Chot mati di tangan
Alias. Cikgu Sunan berasa salah dengan Alias. Cikgu Sunan berjanji akan
membiayai pendidikan Alias sehingga ke universiti.
TEMA
Kasih sayang
sesama makhluk ciptaan Tuhan
PERSOALAN
-Hubungan manusia
dengan makhluk Tuhan.
-Kasih sayang
antara manusia dan haiwan.
-Kesempitan hidup masyarakat
luar bandar.
-Kemiskinan
menjadi penghalang dalam mengejar impian.
-Kepentingan
pendidikan dalam hidup.
-Sikap anggota
masyarakat yang bertindak melulu.
Terima kasih. Sangat membantu
ReplyDelete2C
ReplyDelete